Friday, 4 December 2015

Apa itu EDC..??

Di Malaysia, istilah EDC masih janggal bagi kebanyakkan orang.
Kalau dikumpulkan 50 orang, belum tentu 1 orang pun yang tahu tentang EDC ni.

Jika di luar negara, istilah EDC ni agak meluas.
Sehinggakan banyak forum2 di internet yang membincangkan tentang EDC ni.



Apa itu EDC?





EDC adalah singkatan dari perkataan "EveryDay Carry"..
Maksudnya, barang2 yang dibawa bersama kita setiap hari, ke mana2 jua.


Di Malaysia, ada pencinta2 EDC yang tersendiri.
Dan akulah salah seorang darinya, hehe..


Berikut adalah antara senarai EDC yang biasa dibawa setiap hari:
1) Flashlight (lampu suluh).
2) Pisau.
3) Multitools.
4) Handphone.
5) Jam tangan.
6) Lighter (pemetik api).
7) Paracord / tali.
8) Sun glasses (cermin mata gelap).


Tujuan;
Kebiasaannya barang2 EDC dibawa untuk kegunaan harian & juga sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.


Berikut adalah gambar2 EDC yang diambil dari internet;







Itulah beberapa contoh EDC.

Ok, next time, aku akan kongsikan EDC aku plak.
Jumpa lagi...
Zaaaaaaassssssss....

Victorinox Spartan Silvertech



Hari ini saja nak kongsi tentang Salah satu koleksi EDC aku, iaitu Victorinox Spartan Silvertech.


Victorinox => nama jenamanya.
Spartan => nama model.
Silvertech =>  kalernya.



Victorinox Spartan ni duduk dalam kategori "Victorinox Medium Pocket Knives".
Iaitu saiz sederhana.










Specifications:
-Size: Length 91mm, Width 26.5mm, Height 15mm
-Weight: 90 Grams
-Gift suggestions: For your dad
-Color: Silver


Tools:
  1. large blade
  2. small blade
  3. cockscrew
  4. can opener
  5. - with small screwdriver
  6. cap lifter
  7. -with screwdriver and
  8. -wire stripper
  9. reamer, punch
  10. key ring
  11. toothpick and
  12. tweezers

Klik sini untuk tengok video pendek Victorinox Spartan Silvertech. 😊

Saturday, 26 September 2015

Melawat kilang parang Bidor

Parang Bidor bukanlah sesuatu yang asing bagi pengguna2 parang.
Pergilah ke mana2 Hardware, kebanyakannya ada jual Parang Bidor ni.
Cuma, perlu jaga2, banyak tiruan.

Hari ni, aku berkesempatan singgah ke kilang membuat parang di Bidor, Perak.


 Kilang Chop Kwong Yuan Loong / Kilang parang Bidor.



Di sinilah tempat parang Bidor dihasilkan.





Besi spring. 


Sibuk melayan pelanggan.
Meraka ni peramah.

Mr. Ming

Mr. Chin Pin Yon (uncle)

Tekun membuat parang.
Uncle ni bukan calang2 orang ni.
Umurnya dah 75 tahun!!!, masih aktif buat kerja2 berat ni.
Dasyat tuuuuuu...
Kerja2 ni memang heavy.



Kata uncle ni, dia buat kerja2 ni dah 50 tahun lebih dah.
Sejak dari zaman bapaknya lagi.
Kira2 80 tahun lebih jenama ni dah di pasaran.


Makcik ni borong kaw2 punya.
Dia pelanggan tetap sejak dulu lagi kata tokey ni.

Hah amik kau,kaw2 punya borong.
Untuk saudara mara katanya.


Si kecik 7 bulan ni pun nak tengok jugak, hehehe...


Antara produk2 yang dikeluarkan:

Cop asli.












Harga:


Yang kat bawah ni plak yang sempat aku beli.
Bukan semua aku punya, ada orang kirim.



Lokasi & contact number:
Koordinat GPS4° 5′ 32.87″ 101° 16′ 36.33″



Kat kawasan perindustrian Bidor, ada banyak sign board ni.
Ikut je..

Pastikan ori, baru beli..  (",)