Friday, 8 January 2016

Leatherman Surge for sale.




Leatherman Surge.

- untuk dijual.
- ada beberapa unit.
- baru.
- 100% original.
- diorder dari USA ke Malaysia.
- saya bawa masuk model Surge ni sebab Surge ni sekali beli, boleh pakai untuk jangka masa yang panjang.
- kerana tools nya kebanyakkannya boleh ditukar ganti.
- harga: RM550 (below market price).
- jika berminat, tel: 012-6737637 (A.Syamim).











Total ada 4 unit.


Berikut adalah sedikit keterangan mengenai Leatherman Surge yang dicopy dari internet;

The Leatherman Surge is one of our two largest multi-tools; a real powerhouse, built with our largest pliers, longest multi-tool blades and easy-to-use locks. A unique blade exchanger, replaceable 154CM wire cutters and four outside-opening blades give you quick access to the tools you use most. The Surge was built for tough jobs and the hands that do them.


Tools
  • Needlenose Pliers
  • Regular Pliers
  • 154CM Replaceable Wire Cutters
  • 154CM Replaceable Hard-wire Cutters
  • Stranded-wire Cutters
  • Electrical Crimper
  • Wire Stripper
  • 420HC Knife
  • 420HC Serrated Knife
  • Saw
  • Spring-action Scissors
  • Awl w/ Thread Loop
  • Ruler (8 in | 19 cm)
  • Can Opener
  • Bottle Opener
  • Wood/Metal File
  • Diamond-coated File
  • Blade Exchanger
  • Large Bit Driver
  • Large Screwdriver
  • Small Screwdriver

Features
  • All Locking Features
  • Lanyard Ring
  • Outside-accessible Features
  • One-hand Operable Features

Specifications
  • Primary Blade Length: 3.1 in | 7.87 cm
  • Closed Length: 4.5 in | 11.5 cm
  • Weight: 12.5 oz | 335 g
  • Includes: Phillips #1-2 & 3/16" Screwdriver

Wednesday, 6 January 2016

Leatherman Surge, mengukir senyuman.

Baru-baru tolong member dapatkan multi-tools idamannya.
Lama juga menunggu barangnya, tak sampai2.
Saya pun pergi la ke pusat pos laju, nak tengok masalah.
Rupa2nya seller tu tersalah tulis alamat, salah tulis nombor rumah.
Patut la tak sampai2.

Dan pagi ni serahkan Leatherman Surge kat member.
Senyum lebar beliau.
Seronok bila tengok kawan2 seronok.
Dapat juga beliau dengan multi-tools EDC idaman beliau.

Berbaloi beli.
Jenama multi-tools yang dipercayai dunia.
Sekali beli, kasi pakai cukup2.

Leatherman Surge, mengukir senyuman di pagi hari.  (",)







Saturday, 2 January 2016

Leatherman Wave

Leatherman Wave (Leatherman paling popular).




Leatherman Wave merupakan multi-tools Leatherman yang paling popular.

Jika dilihat pada paras rupa, ia seperti adik beradik kepada Leatherman Surge.

Dan jika dilihat dari segi tools nya, ia seperti Leatherman Charge Tti.

Jadi, apa yang membuatkan Leatherman Wave ini sangat popular?

Saya akan kongsi pengalaman yang saya pernah lalui bersama Leatherman Wave.


Leatherman Wave mempunyai tools yang lengkap sebagai multi-tools.
Saiz & beratnya yang sederhana, mudah untuk dibawa setiap hari.
Tambah pula harganya yang agak munasabah berbanding Leatherman Charge, ini yang membuatkan Wave paling popular & diminati.
(Tapi di negara kita terasa mahal kerana matawang kita yang rendah berbanding USA. Dan ini adalah produk dari USA).




Leatherman Wave tools;



  1. Needlenose Pliers.
  2. Regular Pliers.
  3. Hard-wire Cutters.
  4. Wire Cutters.
  5. Wire Stripper.
  6. 420HC Knife.
  7. 420HC Serrated Knife.
  8. Saw.
  9. Spring-action Scissors.
  10. Ruller (8 in | 19 cm).
  11. Can Opener.
  12. Bottle Opener.
  13. Wood/Metal File.
  14. Diamond Coated File.
  15. Large Bit Driver.
  16. Small Bit Driver.
  17. Medium Screwdriver.

Closed lenght : 4 in | 10 cm
Weight : 8.5 oz | 241 g
Primary Blade Lenght : 2.9 in | 7.37 cm


1) Needlenose Pliers.

- dalam istilah melayunya, playar muncung tirus.

2) Regular Pliers.

- part ni memang aku suka,
- saya kalau nak beli playar muncung tirus, saya akan cari yang ada Regular Pliers ni.
- mudah untuk nak grip sesuatu benda seperti nut.

3) Hard-wire Cutters.

- untuk memotong wayar yang keras.
- saya pernah potong pagar, memang mudah & saya sukakannya.
- paku pun boleh potong.

4) Wire Cutters.

- untuk potong wayar2 bersaiz kecil.


5) Wire Stripper.

- untuk memotong kulit wayar.
- tetapi saya jarang guna.
- saya lebih gemar menggunakan tools no.4 untuk potong kulit wayar.

6) 420HC Knife.

-  merupakan bilah pisau yang utama (main blade).
- one-hand operable. Apa tu? Maksudnya pisau boleh dibuka dengan 1 tangan je. Dan ini part yang saya paling suka.
- 420HC tu merujuk kepada material yang dia gunakan.
- Leatherman banyak menggunakan material Stainless Steel 420HC pada pisau2nya.
- 420HC (High Carbon) iaitu mengadungi kandungan karbon yang tinggi.

One-handed operable knife.

7) 420HC Serrated Knife.

- biasanya digunakan untuk memotong tali, paracord, seat-belt & lain2.
- saya pernah try, kalau potong kek pun lebih mudah.
- juga ada one-handed operable.
- sama material macam main blade tadi.

8) Saw.

- Iaitu gergaji kayu.
- setakat ni pernah gergaji kayu, buluh & plastik.
- bahagian belakang gergaji ni saya gunakan untuk fire starter.
- klik sini untuk tengok demo.

Fire starter dengan belakang mata gergaji & ferro rod.

9) Spring-action Scissors.

- gunting berspring.
- nak potong kuku & misai pun boleh, hehe.

10) Ruller.

- mempunyai 2 jenis unit ukuran iaitu inci & cm.
- pernah berjasa, ketika saya benar2 perlukan pembaris, tapi pembaris plak takde.

11) Can Opener.

- untuk buka makanan dalam tin.
- kalau beli makan dalam tin yang takde pembuka tu, murah sikit harganya.

12) Bottle Opener.

- zaman sekarang di Malaysia, penggunaannya mungkin kurang popular, sebab dah tak banyak minuman botol kaca.
- tapi ia tetap berguna, seperti botol kicap & cencaluk.
- tapi ada sesetengah negara yang banyak menggunakannya dalam kehidupan seharian.

13) Wood/Metal File.

- kikir.

14) Diamond-coated File.

- untuk kikir besi.
- juga boleh asah pisau.

15) Large Bit Driver.

- ada 2 mata iaitu (+) & (-).
- Leatherman ada jual spare part bit ni.
- juga ada pelbagai mata lain seperti allen key & lain2.

16) Small Bit Driver.

- ada 2 mata iaitu (+) & (-).
- sesuai untuk screw driver cermin mata.
- dalam survival situation, boleh dijadikan sebagai jarum kompas.

Leatherman Bit Driver

17) Medium Screwdriver.
- untuk skru bersaiz besar.



Kesimpulan;

Bagi saya, setiap multi-tools Leatherman mempunyai kelebihan & kekurangan tersendiri.

Dan jika saya diberi peluang untuk mendesign sendiri Leatherman idaman, pasti ia akan menjadi multi-tools yang PERFECT untuk saya.

Misalnya saya suka gergaji pada model Surge, yang boleh ditukar ganti.
Tapi Surge terlalu besar & berat bagi saya.

Saya suka playar Leatherman Rebar, tapi tak suka design pisaunya yang takde 'one-handed operable'.

Macam tu lah contohnya.

Tapi, semua tu adalah mustahil.
Jadi, jika kena pilih satu je, saya secara personal memilih Leatherman Wave sebagai EDC saya.

(Leatherman Wave saya dah jual, nak beli Charge Tti punya pasal. Insyaallah ada rezeki, teringin nak beli semula.)  (",)

Leatherman Wave vs Surge

Leatherman Surge

 Leatherman Charge Tti

 Leatherman Rebar

 Leatherman Wave (Black Oxide)

 Leatherman Wave (limited edition)



Friday, 1 January 2016

Victorinox ATM (Angkatan Tentera Malaysia).

Victorinox buat sang Satria Malaysia.

(Special edition)




Victorinox juga ada membekalkan pocket knifenya kepada ATM (Angkatan Tentera Malaysia) / Malaysian Armed Forces.
Pocket knife ini dibuat oleh Victorinox khas untuk ATM.

Victorinox menerima oder daripada ATM Malaysia untuk bekalkan pisau kepada mereka sebanyak 33,000 unit.


Model ni memang takde kat dalam katalog Victorinox.
Sebabnya ia ditempah khas untuk ATM, dan bukan untuk umum.
Ia untuk kegunaan askar2 Malaysia.



Model ini menggunakan Linear Lock pada pisaunya.
Linear lock.


Logo ATM.

Cop "SATRIA" (khas untuk ATM).










 Kedua2nya ada cop 'SATRIA'.

Material kain cordura yang tahan lasak & simbahan air.



Sedikit detail mengenainya;

TOOLS


  1. Large locking blade.
  2. Can opener.
  3. Screwdriver 3mm.
  4. Bottle opener.
  5. Screwdriver 5mm.
  6. Wire stripper.
  7. Reamer, punch and sewing awl.
  8. Corkscrew.
  9. Wood saw.
  10. Key ring.
  11. Tooth pick.
  12. Tweezers.
  13. Scissors.
  14. Phillips screwdriver.

DIMENSIONS

Net weight : 132 g

DETAILS

Scale material  :  Polyamide.
Size                  : 111mm.
Blade size        : 86mm.




Di bawah ini pula adalah Victorinox Outrider, yang mana model yang hampir serupa dengan Victorinox ATM.
Bezanya pada "corkscrew", yang mana pada model ATM corkscrew digantikan dengan screw driver.

 Victorinox Outrider (red).

Victorinox Outrider (black).


Ni pula videonya..
Jom layan sebentar...