Friday, 19 February 2016

Morakniv (pisau bushcraft).

Morakniv atau pisau Mora, merupakan antara pisau bushcraft yang popular.



Baru-baru ni saya baru beli 2 bilah pisau Morakniv Robust, kawan kirim.
Bila sampai, saya dapati kedua-dua pisau ni ada perbezaan sedikit.

Jadi, saya pun cuba dapatkan kepastian daripada penjual.
Penjual memaklumkan 1 tu beli dari USA & 1 lagi tu beli kat Europe.
Jadi mungkin batch lain2.

Kemudian saya cuba emailkan ke Morakniv, untuk dapatkan kepastian.
Dan dapat maklumbalas daripada mereka.

Rupa2nya Morakniv tukar logo.
Mora yang beli kat USA tu masih logo lama.
Mora yang beli kat Europe tu logo baru.
Agaknya sebab Europe lebih dekat, jadi mungkin model baru sampai kat diorang dulu.
(Andainya jela, huhu)

 Kanan (versi lama), kiri (versi baru).

Kanan (versi lama), kiri (versi baru).

Atas (versi lama), bawah (versi baru).

 Perbezaan pada logo & tulisan "steel".

 Kanan (versi baru), kiri (versi lama).

 Sarung ada tulis Morakniv & yang 1 lagi tiada.

 Morakniv Robust.

Batch no. 97404 adalah yang lama (atas).

Ni adalah maklum balas email daripada Morakniv.

Informasi penukaran logo dalam website Morakniv.



Kesimpulannya, pisau Mora ni memang puas hati.
Dengan harganya yang berpatutan.
Beli jangan tak beli, hehehe.
Kat sini saya nak pinjam ayat Pisau Belantara , "apalah gunanya kualiti, jika mahal sampai tak terbeli".   (",)


Kat bawah ni video beberapa saat ujian ketajaman pisau Morakniv Robust ni;


Tuesday, 2 February 2016

Ceria bersama EDC.

Wajah2 ceria bersama EDC masing2.. (",)

Abah pun layan Leatherman Style CS.
Ganti kepada Victorinox Classic SD yang dah uzur.

 Sahabat tempat kerja.

Sahabat masa kat Politeknik.
Sahabat yang kini di Labuan.

Staff Firefly.

 Bro Kamal baru beli Leatherman Surge.

Abg Mie & Tok Sahar bersama Victorinox Swiss Army Knife.

Spyderco Resilience.
Baru lepas beli kat OGM (Outdoor Gear Malaysia).

Monday, 25 January 2016

EDC untuk abah.

Alhamdulillah, setelah lama mencari & menunggu, sampai juga Leatherman Style CS.




Kenapa Leatherman Style CS yang menjadi pilihan?

Ceritanya begini;
Sebelum ni abah guna Victorinox Classic SD sebagai EDC  nya, yang dijadikan sebagai keychain kunci keretanya.
Abah banyak guna gunting.

Victorinox Classic SD

Abah punya.

Dah usang.

Memandangkan Victorinox abah dah usang/lama, aku bercadang nak carikan baru.
Bila abah dengar, dia suka la.
Tapi, abah request gunting yang besar sikit dari Classic SD ni.
Victorinox memang ada model yang gunting lebih besar seperti SwissChamp, tapi masalahnya saiznya pun agak besar & terlalu banyak tools2 lain di dalamnya.
Tak sesuai plak untuk abah.

Victorinox SwissChamp.


Jadi fikir punya fikir, baru teringat akan Leatherman Style CS.
Isteri aku pun ada pakai Style CS.
Jadi, aku pun tunjuk la kat abah, ok x Style CS ni.
Abah terus suka, dan mintak aku carikan.

 Isteri aku punya.



Kecik je, sesuai dengan permintaan abah.

Puas cari Style CS kat dalam Malaysia ni, tapi tak jumpa.
Yang ada cuma model Style PS.
Last2 aku mintak orang belikan kat ebay.
Lepas beli, sangkut plak kat Kastam.
Dan harini sampai juga Style CS.
Alhamdulillah....

Habib pun excited, dia ingatkan mainan dia, hehe..


Alhamdulillah, pos laju ke abah dah selamat sampai,
Abah suka.. (",)

Friday, 15 January 2016

D.I.Y. multi tools pouch.


Malam tadi dapat kiriman gambar dari seorang sahabat.
Iaitu DIY sheath/ pouch multi-tools yang dia buat sendiri.
Menggunakan material kulit yang diperolehi dari lebihan apron yang lama.
Kreatif..! Kipidap bro..!

(Gambar nampak agak kekuning2an, sebab gambar diambil di bawah cahaya kuning, di tempat kerjanya). Hehehe…

Layanzzzzz….

Kerja2 memotong kulit.

 
 Projek dibuat ketika tengah kerja.
Jangan bos datang terjah udah lerr, huhu..

Marking lubang sebelum jahit.
Maklumlah, jahit manual je.

Diorang ni kemahiran merepair mesin, bukan menjahit.
Tapi berani mencuba.
Terbaik boh..!

Test ngam ke tak, pastu baru jahit.

Ni sorang lagi, report bos kang, hehehe...

Siap..!

Ingatkan 1, rupa2nya 2.
Hebat la korang ni.  Kipidap..!

Satu untuk multi tools, satu lagi untuk pisau.
Lepas ni tinggal nak tambah button je.

Thursday, 14 January 2016

Leatherman dalam iklan Nescafe.

Hari ini tetiba teringat balik kat iklan Nescafe Pandan yang femes kat Facebook tahun lepas.
Asal bukak Facebook je, ternampak ada iklan Nescafe Pandan tu.

Tapi aku tak bukak pun iklan tu.
Sebab aku bukan peminat Nescafe pun.

Kemudian hari demi hari, aku tengok banyak kawan2 sendiri "like" video tu.
Masa tu la mula bermain di fikiran aku, "apa yang best sangat dengan iklan Nescafe ni. Meh aku nak try tengok".

Bila tengok je, scene mula2 aku dah perasan ada Leatherman dalam video tu.
So aku pun tertarik dengan video Nescafe tu.
Sama macam kawan2 aku, huhuhu..
Cuma "sebab" mungkin berbeza, hehe..

Leatherman yang digunakan dalam iklan tu adalah Leatherman Wave.

Bagi peminat2 Leatherman multi-tools, mesti perasan punya.

Ni aku sertakan sekali link video Nescafe tu. Klik sini untuk tengok video tu.







Sunday, 10 January 2016

Leatherman on action..!

Dalam banyak2 kali Leatherman beraksi, sempat la beberapa kali ambil gambar.

Adakalanya nampak kegunaannya pada perkara2 yang remeh.
Contohnya seperti potong buah.
Walaupun begitu, ia lebih baik dari tiada apa2.
Mungkin hari ini ia beraksi pada perkara2 yang remeh.
Esok lusa, siapa yang tahu.

Contohnya dulu saya pernah bawak motosikal Yamaha RXS.
Ditakdirkan breakdown, sewaktu jam 5:00am di Bukit Putus.
Sorang2 pulak tu.
Puncanya, karburator tersumbat.
Masa tu pula takde bawak sebarang tools.
Nak mintak tolong kat pengguna jalanraya yang lain, siapa yang berani berhenti tengah2 pagi buta ni.
Oleh kerana berpegang pada prinsip iaitu sentiasa membawa multi-tools ke mana2 saja (MY EDC) alhamdulillah, saya dapat membaikinya.
Tapi tak ambil gambar ketika itu.
Bak kata pepatah Ultimate Survival Tips; "be prepare, because you never know".

Fix my motocycle.

Fix my folding saw.

Roselle.

Pintu almari hospital.

Jaga ayah di hospital. Masa nurse nak buka screw tiub, tak boleh, ketat.
Ramai cuba buka, tak boleh, ketat sangat.
Alhamdulillah, sekali lagi Leatherman berjasa.

Masa jaga ayah di hospital, katil wad longgar.
Boleh la betulkan.

Terpikir nak pancing ikan, on the spot buat mata kail.

Mujur ada Leatherman, boleh pusing2kan lemang.

Sudu. 100% made by Leatherman.

Repair getah tingkap kereta.

Pecahkan ketulan ais.

Banyak kali terkena, bila pergi tandas awam, lock pintu rosak.
Sendal guna Leatherman je.

Repair kipas syiling.

Tebuk lubang.

Screw driver (+).

Large screw driver (-).

Petik cili.

Ni takde kerja, saja je, hehe..

 Reamer on action!
Buat lubang untuk dijadikan pasu.

Gunting kain Jeans terpakai.

Buat cincin oleh sahabat (Tok Saha).

Gergaji wire tranking.

Playar.

Kupas bawang putih 1kg, untuk buat jus ubat.

Bit extender (buat sendiri, jimat).

Working.

Petik Terung Pipit.
(Terjumpa pokoknya semasa menebas hutan)

Cabut & pasang connector.

Small screw driver.

Test gergaji.
(Modified guna bosch punya)

Needlenose plier.

Bottle opener.

 Cable lug crimper.

Crimper.

Wire stripper.

 Leatherman Sidekick repair equipment kat kilang.

 King of Leatherman VS king of fruits.

Leatherman Charge TTi vs kelapa pandan.

 Start a fire with Ferrocerium Rod & Leatherman saw (back side).

 Leatherman Style CS vs Delima
Masa tengah piknik kat taman.

Crunch sedang 'menggigit'.

Berhenti kat RnR makan buah Grapefruit.

Makanan dalam tin.

Leatherman bergabung dengan Spyderco.
Buat tongkat (Kiriman seorang sahabat).

Leatherman Surge (buat tongkat).

Gergaji celah yang sempit.




Nanti kalau ada gambar2 lain, saya akan update lagi di sini.. (",)