Tuesday, 15 September 2015

Survival : MaSaK NaSi DaLaM KeLaPa


Masak nasi dalam kelapa?
Haaaa, macam tulah citernya..

Yang mana beras dimasak bukan dalam rice cooker, tapi dimasak dalam buah kelapa tua.
Ala-ala survival / camping.



Bahan-bahan yang diperlukan:
- Kelapa tua.
- Beras yang telah dibasuh.
- Daun pandan.



Langkah 1.
- Buangkan sabut kelapa.
- Buat lubang kecil kat bahagian atas kelapa tu.
- Tadahkan air kelapa dalam bekas (jangan buang airnya, kita akan guna).



Langkah 2.
- Masukkan beras ke dalam kelapa.
- Kemudian tuang semula air kelapa sehingga penuh.
* sukatan beras adalah KURANG SIKIT dari SEPARUH tempurung kelapa tu.
* atau dengan kata mudahnya, 1 pot beras bagi kelapa bersaiz biasa.
* pernah sekali tu aku guna kelapa besar giler. Tak tau la kelapa spesis apa. Aku guna beras 2 pot.




Langkah 3.
- Tutup lubang kelapa tersebut dengan daun pandan.
Kalau takde, guna daun kelapa/pisang/apa2 je yang sesuai.
Saya gunakan daun pandan, supaya lebih wangi, hehehe..



Langkah 4.
- Hidupkan api.
- Pastu letak je kelapa tu dalam api.
- Bila tempurung dah hangus, kira dah masak la tu.
- Atau kalau nak pastikan lagi, cabut daun pandan tu, skodeng skit nasi tu.
Yang ni feberet aku, suka main-main dengan api, hehehe..







Langkah 5.
- Tuuu nampak dah hangus tu, kira dah masak la tu.
- Belum belah kelapanya, dah bau aromanya menusuk kalbu. peeerrgghhhh...



Langkah 6.
- Bersihkan tempurung yang hangus.
- Sila abaikan glove tu yer, panas woooo...


- Kemudian belah kelapa tersebut.

- Nampak tak? masih berasap, walaupun lepas bakar tu aku biarkan dalam 15 minit.
- Time ni aromanya tak usah cakap la, memang menyucuk hidung sampai ke hati, hehehe..



Langkah 7 (Final).
- Apa lagi, siap untuk di makan leerrr..
- Dan hasilnya...
Jeng jeng jeennggggg.....


Aikk??
Mana datang buluh tu?
Haaaaa.., kalau nak tau, bolehlah klik ke link youtube saya..
Dalam video ni lebih detail tentang cara buat nasi dalam kelapa & ayam dalam buluh.
Ayam dalam buluh?? Yess, tu adalah lauk makan tengah hari kami..
Takkan nak makan nasi putih je kan, hehehe..

Ok mai tengok video aku ni..

Klik sini untuk tengok video cara2 memasak nasi kelapa & ayam buluh.


Simple tapi menarik..
Aku buat kat belakang rumah je.
Kat rumah pun boleh camping tau, hehehe...
Selamat mencuba...

4 comments:

  1. Replies
    1. Boleh cuba di rumah..
      Ala2 camping gitu.. (",)

      Delete
  2. Mantap kali, kakak! Ntar coba lah di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mecuba..
      Rasakan aromanya..
      Jika mau lagi enak, tambahkan sedikit garam di dalam beras..

      Delete