Saturday, 5 December 2015

My EDC (EveryDay Carry).



Ok, hari ini aku nak kongsikan sikit EDC aku.
Iaitu barang2 / gadget2 yang sentiasa bersama aku, bila2 masa, di mana jua.

My EDC;

1) Leatherman Charge Tti multi-tools.
2) Nitecore P12 flashlight.
3) Paracord.
4) Victorinox Belt Hanger multi-clip.
5) Fire starter.
6) Power bank & handphone charger cable.
7) Wallet.
8) Handphone.



1) Leatherman Charge Tti multi-tools;
- model ni hampir sama dengan model Leatherman Wave dari segi functionnya.
- bezanya adalah:
1) pisau diupgrade kepada material S30V yang mana lebih keras dari Wave yang menggunakan 420HC.
2) 'hook cutter' ditambah pada serrated knife.
3) body luar diperbuat daripada titanium. Sebab tu lah istilah Tti tu merujuk kepada titanium.
- aku memang minat dengan Leatherman ni, terutamanya multi tools.
- dari design hingga la ke function.
- antara part yang aku suka, kalau nak guna pisau tu, boleh bukak dengan 1 tangan. Tak perlu guna 2 tangan. Ia juga dipanggil sebagai 'one hand operation'.


2) Nitecore P12 flashlight;
- masa mula2 nak berjinak dengan dunia EDC, flashlight adalah EDC yang pertama aku.
- masa aku guna Fenix LD12 (125 lumens).
- lepas tu hilang, tercicir. Kemudian barulah beli Nitecore P12.
- 950 lumens.


3) Paracord;
- atau dengan istilah mudahnya, tali.
- paracord ni biasanya diikat menjadi bentuk seperti gelang @ lain2.
- tujuannya untuk senang dibawa ke mana2.
- bila dalam situasi yang memerlukan tali, gelang tersebut akan diuraikan, dan menjadi 1 tali yang panjang.
- kebiasaannya paracord bracelet / gelang paracord, berukuran kira2 7 kaki.
- biasanya askar2 akan pakai paracord bracelet ni.
- kalau macam dalam gambar tu, panjangnya kira2 14 kaki.
- pernah dulu aku hadiahkan paracord bracelet kat member aku. Tak sangka lepas tu dia terdesak nak guna tali. Alhamdulillah, tak sangka bermanfaat.


4) Victorinox Belt Hanger multi-clip;
- untuk dipakai kat tali pinggang, untuk menggantung kunci atau apa2 je.
- merupakan jenama pocket knives & multi tools yang sangat terkenal di dunia.


5) Fire starter;
- untuk nyalakan api.
- perlukan latihan untuk mahir menggunakannya.
- kalau guna lighter, lagi senang nak hidupkan api.
- tapi tak tau kenapa aku suka bawak fire starter berbanding lighter.
- nak biasakan diri.
- kebiasaan dalam dunia survival / bushcraft / camping, mereka lebih suka bawak fire starter.


6) Power bank;
- maklumlah, sekarang ni guna smart phone, jadi bekalan power pun dah jadi keperluan.
- walaupun aku ni bukanlah kaki game.


7) Wallet.
8) Handphone.
- kedua2 ni mula2nya aku tak letakkan dalam kategori EDC, sebab aku rasa benda ni memang basic yang mesti dibawa oleh setiap orang.
Tapi aku letak jugak dalam senarai EDC.


Dan ada 2 benda yang boleh kata aku selalu bawak, tapi aku tak senaraikan dalam EDC.
Iaitu Rayban & bincular.
1) Rayban:
Aku pakai masa naik moto, untuk elakkan silau.

2) Binocular:
Aku sentiasa letak dalam beg.
Bila berhenti rehat naik moto, aku suka main teropong2.



Itulah sedikit perkongsian tentang EDC aku. (",)



Sedikit gambar untuk tatapan rakan2;

Leatherman Charge Tti.


Nitecore P12



Paracord Grenade, paracord lanyard, paracord bracelet.
(Yang ni antara koleksi yang aku buat)





1 comment:

  1. Good post!I think Nitecore flashlight are really good. Their flashlights have good performance that have attracted more and more users. Come to gearvita.com. We offers many different brand flashlights for you, all of them are at a very reasonable price.

    ReplyDelete