Saturday, 23 April 2016

Victorinox di pameran DSA 2016.

Pada pameran DSA 2016 (Defence Services Asia) yang baru berlansung beberapa hari lepas, saya berkesempatan melawati ke booth Victorinox Swiss Army Knife.

Jadi saya nak kongsikan beberapa keping gambar yang saya ambil di sana.
Saya ambil gambar2 tools yang saya rasakan 'rare' je kat situ.

Sebab yang lain2 dah biasa nampak.



Model yang digunakan oleh tentera Navy Australia.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ni model baru, corak digital camo.
Lepas tu semua tools2 di dalamnya warna hitam.
Untuk tengok model sebelum ni, KLIK SINI.

Netherlands.

Germany. 

Model yang digunakan oleh tentera Switzerland pada 2008.
Model ni juga yang digunakan oleh polis kita, PDRM. 

Germany Police.

'Spike' tu nampak ganas betul, huhu.

US Army.

Victorinox Swisstool Spirit X.
Digunakan oleh 3 negara tu.

Victorinox Swisstool.
Apa yang rare pada kedua2 Swisstool ni adalah warna hitam.
Sebabnya untuk orang awam, Victorinox keluarkan warna krom sahaja.

Hunter Pro.
Tak rare, tapi aku minat, hehe.

Victorinox 1891. Lama tuu..
Handle kayu.

Victorinox 1909.
Handle Fiber. 

Victorinox 1961.


Itulah beberapa keping gambar yang sempat saya ambil.
Cumanya pada pameran DSA tahun ni (2016), Victorinox tak bawa keluar model yang digunakan oleh PDRM & komando VAT 69.
Tahun 2014 ada.
Apa2 pun, memang enjoy..
Semoga bertemu lagi pada tahun 2018 pula. (",) 

Pameran DSA 2016

Pameran DSA atau DSA Exhibition adalah pameran ketenteraan, yang mana company2 yang membuat barangan militari atau tentera buka gerai di sana.

Senang cerita apa saja yang berkaitan tentera, semua ada di situ.
Dari peluru, pistol, senapang, bazooka, bom, kereta kebal, helikopter, kapal perang, cermin mata, multi-tools, pisau, flashlight, kasut, kain, baju kalis peluru, helmet, walkie talkie, teropong, baju, seluar & segala yang berkaitan tentera ada kat situ.

DSA (Defence Services Asia) diadakan setiap 2 tahun di PWTC.

Baru2 ni saya berkesempatan ke pameran DSA.
Saya belanja beberapa gambar di bawah ni, layanzzzzzz...



Terjumpa sahabat lama. Dia anggota Maritim.

Yang ni gerai Jakel.
Aku ingat baju kurung je Jakel buat, rupa2nya fabrik militari pun ada.










Pelbagai negara yang menyertai pameran ni.

Peluru boleh tembus tuuu. 


Masa ni la nak merasa pegang & belek2.

Semua pakat nak try. 

Boleh test tembak, cuma peluru takde la.



Tahun ni Leatherman tak join. Tahun 2014 Leatherman ada buka booth. 

Booth Victorinox.
Selain Leatherman, saya juga peminat Victorinox.
Nanti saya share gambar2 Victorinox kat tajuk lain yer. 

Booth Glock antara yang banyak dikunjungi.


Macam2 peluru.


Pelbagai bom. Ni antara yang sempat ambil gambar. 

Besar bukan main.


Sempat belek2, test & posing.

Panjang bukan main.



Pisau Glock 78 & 81.


Bom. 


Posing kat kereta kebal Ukraine.