Saturday, 16 April 2016

Mencari rotan.

Rotan merupakan salah satu tumbuhan yang berharga yang tumbuh meliar di hutan.
Ini kerana rotan mempunyai pelbagai kegunaan seperti membuat perabot & lain2.
Rotan merupakan sejenis tumbuhan dari golongan palma.

Semalam saya bersama pakcik Mazlan pergi ke hutan untuk mencari rotan untuk buat tongkat.
Mula2nya saya yang cakap nak cari rotan, nak buat tongkat untuk abah.
Lepas tu pakcik Mazlan pun tunjukkan tempatnya.
Hutan2 ni memang mainan beliau.
Beliau sejak muda suka masuk ke hutan untuk memburu.

Jom layan gambar2 di bawah ni..

Pandangan dari jauh hutan yang bakal nak masuk.

Dari dekat nampak boleh tahan tebal hutan ni.

Pandangan dari dekat.

Bincang laluan mana yang nak masuk.

Lepas tebas tumbuhan2 liar yang padat, tak sangka kat dalamnya terang.

Tak sangka dari luar nampak tebal, kat dalamnya terang.

Kawasannya berbatu. Dicelah2 batu keluar mata air.

Otai mengetuai perjalanan.

Jumpa dah pokok rotan, tapi masih belum matang.

Rotan dikesan.

Korek tanah sehingga bertemu dengan akar.

Kena hati2, jangan sampai rosakkan akar.

Sikit lagi.

Ambil 1 dulu. 

Bersama mentor.

Ambil gambar, telefon selit kat pokok, hehe.

Rotan ni tak pasti berapa usianya, sebab terlalu panjang sampai ke atas bukit sana.

Mujur ada Victorinox multitools, dapat guna gergaji. 

Akar.

Alhamdulillah, dapat 1. 



Terima kasih pakcik Mazlan, banyak ilmu dapat pelajari dari beliau.

2 comments:

  1. Assalamualaikum.. nak tny sy dduk melaka. Pakcik tu dpt akar rotan tu kt mn ye..

    ReplyDelete
  2. Wsalam..
    Kat hutan belakang kebunnya, di N9..

    ReplyDelete