Wednesday, 31 August 2016

Khazanah hutan : Bangkong.

Buah Bangkong adalah salah satu dari buah hutan yang unik.

Dari pokok, daun, hinggalah buahnya, sama seperti cempedak.
Bezanya pada isi.
Buah Bangkong boleh dimakan bijinya sahaja.
Dan kalau buah Bangkong yang dah berulat sekali pun tetap boleh diambil, kerana ulat hanya makan isinya saja & tidak makan bijinya.

Buah Bangkong jika diperam, iainya takkan masak macam cempedak.

Antara keunikkannya yang lain adalah cara nak ambil bijinya.
Iaitu dengan cara memukul buahnya dengan kayu, dan bijinya akan terpelanting keluar.

Saiz bijinya pula ada yang sama seperti biji cempedak.
Dan ada juga yang besar seperti biji durian. (Ni kalau dapat, lagi puas hati)

Biji Bangkong kemudiannya dicuci & direbus dengan meletakkan sedikit garam ke dalam air rebusan tersebut.
Boleh dimakan begitu sahaja @ dimakan dengan kelapa + gula merah + garam @ dibuat masak lemak.

Buah Bangkong juga digemari oleh haiwan seperti landak.

Buah Bangkong.

Pokok Bangkong (sama seperti cempedak).

Daun Bangkong.

Bersama pakcik Din mencari Bangkong.

Diketuk dengan kayu untuk keluarkan bijinya.

Isi Bangkong.

Rebus bijinya.

Bawa bekal, makan dengan kelapa.
Buat minum petang pun sedap. (",)

Wednesday, 10 August 2016

Khazanah hutan : Pokok Bertam.

Pokok Bertam merupakan antara khazanah hutan yang sangat berharga.
Pelepah Bertam sesuai dijadikan galah. Ini kerana saiznya yang panjang, kuat serta ringan.
Tidak seperti pelepah2 lain, adakalanya kuat tetapi berat, dan ada juga yang ringan namun tidak kuat.

Pelepah Bertam penuh dengan duri, jadi pastikan buang segala duri-duri terlebih dahulu.
Nak buang duri perlu teliti, jangan sampai terkopek bahagian kulit pelepah, kerana ini akan mengurangkan ketahanan pelepah tersebut.

Pokok Bertam juga mempunyai buah.
Buahnya hanya boleh dimakan ketika muda.
Apabila dah tua, isinya akan keras membatu.
Nak belah pun kena pakai kapak. Punya la keras, huhu...

Selain itu, buah Bertam juga boleh dijadikan perhiasan rumah.
Caranya adalah tandan buah Bertam dibiarkan kering & disapukan pengilat.

Tandan Bertam.
Cantik kalau dijadikan perhiasan dalam rumah.

Buah Bertam.

Buah Bertam yang dah tua.
Keras macam batu, huhu..

Pokok Bertam.

Penuh duri.

Panjang. Yang lagi panjang daripada ni pun ada. 

Kait petai guna galah Bertam.

Saturday, 16 July 2016

Tumbuhan hutan : Senduduk Bulu/Clidemia Hirta.

Senduduk Bulu atau Clidemia Hirta merupakan tumbuhan yang sering tumbuhan di belukar2.
Ia mempunyai buah yang bewarna ungu apabila sudah masak.
Buahnya boleh dimakan, & rasanya manis.
Masa zaman sekolah dulu selalu la makan buah ni bila ke hutan.

Tapi sekarang apa yang saya perasan cukup susah nak jumpa pokok ni yang berbuah kalau di tepi-tepi jalan.
Tapi di dalam hutan pokoknya banyak yang berbuah.
Tak pasti kenapa..

Selama berbelas tahun jumpa pokok ni, barulah hari ini saya tahu namanya.
Terima kasih sahabat saya Shiful Nizam atas info tentang nama pokok ini.





Sunday, 22 May 2016

Aku kembali ke dunia hiking - Gunung Angsi.



Akhirnya, aku telah kembali ke dunia hiking……….

Setelah 1 tahun 1 bulan berulang-alik K.Pilah-Bangi, hari2 dok tengok Gunung Angsi.

Dalam hati ada juga rasa nak naik.
Sebab masa kat Politeknik dulu aku selalu jugak pergi hiking / naik gunung.
Seperti gunung Irau, Berinchang, Berembun, Nuang dan Datuk.
Tapi tu dah lama dah..
Sekarang ni naik tangga sikit pun tak tercungap2, inikan pula nak hiking.
Mau muntah2 ni..

Dan kalini bertekad juga nak pergi, tambah pula ada member nak join.
Plan pun last minit.

Sebelum pergi, sempat juga buat pembacaan ringkas tentang Gunung Angsi ni.
Gunung Angsi ni antara trek pilihan bagi mereka yang baru2 nak berjinak dengan hiking.
Dan juga bagi mereka yang nak training untuk ke gunung yang lebih hardcore, Gunung Angsi menjadi pilihan mereka.

Jadi ok la, untuk orang yang baru nak berjinak2 kembali macam aku ni.

Untuk ke Gunung Angsi, ada 2 trek pilihan.
1) Bukit Putus (4km).
2) Ulu Bendul. (7km lebih).

Pada Sabtu (22 mei 2016), kami mulakan pendakian pada jam 7:30am.
Laluan pilihan adalah trek Bukit Putus.
Bayaran dikenakan adalah RM5, di kaunter sebelum mendaki.

Trek Bukit Putus permulaan dah pacak tegak ke atas.
Kemudian barulah landai.

Berbeza dengan trek Ulu Bendul, yang mana 2 jam rata, kemudian 2 jam tegak ke atas non-stop.

Pendakian untuk sampai ke puncak 2 jam, iaitu sampai pada jam 9:30am.
Berhenti kejap2 je.

Masa turun pula banyak lepak2.
Santai2 je.

Kisah seterusnya, biarlah gambar berbicara...
Eceeehhhh ayat....huhuhu...

Starting point.

Bergambar sakan hangpa nooo.
Sat lagi siaplah.

Awas, scorpion merayap.

Ada yang mula tertinggal, hehe...

Laluan permulaan yang luas.

Hutan sekitar Bukit Putus memang kaya dengan Pokok Rotan.
Tengok berapa punya besar..


Di kurang daripada suku perjalanan, pasti akan melalui pondok ini.
Uncle yang berbangsa Cina ni merupakan orang lama di Gunung Angsi ni.
Ada yang menggelarkan beliau sebagai 'Datuk Angsi'.
Berumur 60 tahun. 

Beliau dah mendaki Gunung Angsi ni sejak dari 24 tahun yang lepas.
Masa tu trek Bukit Putus belum ada, yang ada trek Ulu Bendul je.
2 tahun kemudiannya, barulah trek Bukit Putus ini dibuka.

Sesiapa yang mendaki pada hari Ahad, pasti akan bertemu dengan pakcik ni.
Aktiviti pakcik ni, dia akan memasak seperti bubur kacang & bancuh air.
Jadi sesiapa yang lalu kat sini, boleh makan & minum secara percuma.
Ada juga para pendaki yang membeli bahan2 mentah, lepas tu tiap kali mereka lalu ke tempat ni, mereka akan tinggalkan makanan tersebut kat pondok uncle ni.

 

Periuk, kuali, segala macam ada kat atas ni.

Peramah orangnya.

Dipertengahan jalan, ada air bukit.
Sesetengah pendaki mereka sengaja tak bawa air.
Kerana mereka akan singgah minum di sini.

Kelihatan Empangan Sungai Terip..

Laluan kat atas dah mula sempit.

18 minit je lagi.



Jumpa lagi.
Awas, jangan cedera flora & fauna.

Sampai dah puncak.



Di puncak Gunung Angsi anda akan jumpa dengan pokok mangga.
Pokok mangga ni kecik je, tapi usianya kira2 15 tahun.
Pokok mangga ni berbunga, tapi tak pernah berbuah.

Pokok mangga.

Perjalanan turun.


Terserempak dengan beberapa group askar.

Tengok, bukan main besar & berat lagi.
Perempuan plak tu. Kalau akulah, mau dah tumbang awal2 lagi, huhu..

Sempoi diorang ni.


Sekian, setakat ni je perkongsian…
Insyaallah lepas ni nak naik lagi.
Nak ubah gaya hidup yang lebih sihat.
Semoga apa yang dicita-citakan, akan terlaksana…
Hehehehehe…...


Monday, 16 May 2016

Biji Buah Rotan.

Biji Buah Rotan.

Buah rotan mempunyai biji yang berwarna putih & tekstur yang kenyal.
Siang tadi saya rebus biji buah rotan kira-kira 2 jam lebih.
Lembut sikit dari asal, tapi masih belum cukup lembut lagi.
Lepas tu rendamkan dalam air gula macam buah kabung @ buah nau gitu..

Ni kalau nak betul2 lembut, mau kena rebus sampai 5-6 jam ni..
Jenuh nak menunggu, huhu...

Biji buah rotan dalam air gula.

Buah rotan.

Buah rotan.





Tuesday, 10 May 2016

Buah rotan.

Pohon rotan merupakan khazanah alam yang sangat berharga.
Ia tumbuh secara liar di kawasan hutan.

Tahukah anda, pohon rotan mempunyai buah.
Kulitnya seakan2 buah Salak, manakala saiznya sebesar hujung jari.
Buah rotan penting terutamanya bagi mereka yang sering ke hutan, di mana sumber makanan agak terhad.

Buah rotan memiliki rasa masam + manis + kelat.
Isinya nipis, bijinya warna putih.
Bijinya pun boleh makan.
Teksturnya kenyal2, rasa lemak2.
Dan kalau direbus, kemudian disimpan dalam air gula macam buah kabung, mungkin boleh.
Yang tu saya belum cuba lagi.
Nak tunggu buahnya masak, lepas tu baru cuba.

Buah rotan tinggi melangit.
Jadi, nak ambilnya pun agak mencabar.
Ditambah pula dengan pohon rotan ni penuh dengan duri.

Kebiasaannya dahan2 yang mengeluarkan buah akan tunbuh tinggi, puncak dahan tersebut akan menjalar2 ke pokok lain, ditambah pula dengan duri2 membuatkan adakalanya dahan itu sukar ditarik kerana tersangkut pada pokok2 lain.


Buah rotan.

Buah rotan.

Tinggi buahnya.
View gambar dari tempat tinggi.

Bergugus-gugus buahnya.

Dapat jugak, hehehe...


Buah rotan yang dah matang saiznya besar sedikit.
Rasanya pun lebih ok, sebab kurang kelatnya.
Isinya pun lebih tebal.
Bijinya pula akan bertukar warna hitam & keras.

Perbandingan saiz dengan guli.