Wednesday, 6 September 2017

Rangsum Tempur @ Makanan Askar

Rangsum Tempur atau juga dipanggil sebagai makanan askar.
Yang mana makanan tu dah sedia untuk dimakan.
Bukak paket, boleh terus makan.
Terpulang pada individu, kalau nak panaskan.

Ia beberapa menu, seperti menu A, menu B, dan lain-lain.

Di sini saya nak kongsikan sikit apa yang terkandung di dalam paket makanan askar menu E, yang diberikan oleh sahabat saya komando ATM.

- Beras.
- Teh uncang.
- Kopi.
- Tisu.
- Garam.
- Gula.
- Vitamin.
- Mancis.
- Susu/krimer.
- Biskut.
- Jem nenas.
- Bubur pulut hitam.
- Bubur gandum.
- Buah betik dalam sirap.
- Buah nenas dalam sirap.
- Masak lemak labu.
- Sambal ikan bilis.
- Kari ikan.
- Ayam rendang.
- Kacang panggang dalam sos tomato.
- Daging masak kicap.

Saya sertakan sekali video di bawah ini:

Kegunaan pokok Kekabu dalam situasi Survival

Sebut saja pasal Kekabu, kita dah terbayangkan bantal.
Memang itulah kegunaan umum pokok kekabu.

Namun begitu, pokok kekabu jugak amat berguna ketika dalam situasi Survival.
Iaitu dapat dijadikan sebagai bahan untuk hidupkan api.
Ini kerana keistimewaan yang tersendiri yang terdapat pada pokok kekabu.

Di bawah ni saya ada masukkan video pendek tentang kegunaan kekabu & kesitimewaan yang ada pada kekabu.


Wednesday, 12 July 2017

Seven Blades - utility knife.

Seven Blades merupakan jenama pisau karya Mohd Hafis Man.

Buatan tempatan, namun hasilnya setaraf international.

Antara yang saya minat dengan pisau2 keluaran SevenBlades / Mohd Hafis Man adalah designnya yang tersendiri.
Pisau2 keluarannya lain dari yang kebanyakkannya.
Kemudian barulah 'knife maker' yang lain ikut designnya.

Hari ini saya nak belanja sikit gambar pisau yang saya tempah dari beliau.
Iaitu utility knife (pisau pelbagai guna).

Material bilah : Bohler K110.
Material hulu : Gabungan 3 material berbeza (G-10, Red C-Tek, imported burl).
Sarung : camouflage Kydex.

Antara












Wednesday, 2 November 2016

Khazanah hutan : Tongkat Ali.

Pada mulanya nak pergi cari buah Bangkong.
KLIK SINI untuk info ringkas tentang buah Bangkong

Rindu nak makan.
Tapi takda rezeki, musim Bangkong dah habis.
Kena tunggu tahun depan pulak.

Kemudian pakcik Din pun cakap, "kito poie cari Tongkat Ali la.."
Aku ikut je apa yang dicadangkan otai, dia lebih berpengalaman.

Terdapat 3 jenis Tongkat Ali.
Iaitu Tongkat Ali kuning, Tongkat Ali merah & Tongkat Ali hitam.

Tongkat Ali kuning.

Mentor sedang meninjau2 kawasan.

Pokok Bangkong bersaiz balak.


Tongkat Ali hitam.




Akar Tongkat Ali hitam.
Rasanya tak pahit.

Akar Tongkat Ali kuning.
Yang ni rasanya betul2 pahit.

Sungai ni 30 tahun dulu airnya tinggi, ikan pun besar2 & banyak pula tu.
Sekarang ikan kecil2 je, tu pun tak banyak dah.


Bawa balik untuk tanam semula.




Monday, 24 October 2016

Khazanah hutan : Rotan Tunggal.

Rotan tunggal pula adalah rotan yang tumbuh sendirian di dalam hutan.
Kebiasaannya rotan tumbuh di dalam rumpunan rotan.


Rotan Tunggal.

Satu lagi rotan tunggal.
Tapi yang ni tak ambil, biarkan ia tumbuh menghiasi hutan. (",)

Tak pasti berapa purata panjang pokok rotan.
Yang pasti memang panjang la, huhu..

Untuk dijadikan rotan murid.

Trim akar sikit.

Siap diluruskan.
Boleh la, takde la lurus sangat. (",)

Sekarang tunggu kering je dulu.
Baru boleh gosok & syelek.
Kurang2 sebulan nak tunggu kering ni..

Thursday, 20 October 2016

Khazanah hutan : Pokok Sarsi.

Pokok Sarsi.

Pokok Sarsi merupakan antara pokok hutan yang unik, kerana baunya.
Baunya sama seperti air Sarsi yang biasa kita minum tu.
Dari daun, batang serta akar, semuanya mempunyai bau Sarsi.
Paling kuat baunya adalah pada bahagian akar.
Kalau gantung akar Sarsi ni kat beg, orang belakang sampai boleh bau, punya la kuat.

Menurut pembacaan aku yang sedikit ni, pokok Sarsi mempunyai khasiat tertentu, antaranya melancarkan aliran darah & mengembalikan tenaga.

Pokok Sarsi ni boleh mencapai tahap pokok balak.
Maknanya memang besar gedabak la.

Air rebusan akar Sarsi ni boleh diminum.
Kalau nak sedap lagi, tambah gula, memang sebijik rasa macam air sarsi.
Cumanya aku tak pasti air sarsi kat kedai tu dibuat dari pokok Sarsi ni ke tak..

Pokok Sarsi.

Daun pokok Sarsi.

Akar pokok Sarsi.

Aromanya.., fuuuuhhhhh..
Memang wangi..!

Kalau bukak penutup cerek, fuuhh.., baunya lagi menusuk kalbu, hehe..

Biasanya minum air sarsi ais.
Rupa2nya minum panas2 lagi syok, hehe...

Tuang dalam botol skit, untuk simpan dalam peti ais.

Serpihan kayu Sarsi bersaiz balak, dijadikan sebagai alas pemotong.


Ni lah kayu alas pemotong yang selalu guna kat kebun.
Masa tu tak tau ni kayu Sarsi.
Dah setahun lebih guna, baru aku tau tu kayu Sarsi rupanya2, huhuhu...
Kayu tu dah terbiar lama, berhujan panas selama beberapa tahun.
Tapi bila potong sikit kayu tu, bau Sarsi tetap kuat..!


Lagi gambar2 kayu sarsi:







Thursday, 22 September 2016

Jeruk buah rotan.

Ada beberapa cara untuk makan buah rotan.
Sebenarnya boleh je makan mentah2 camtu je. Tu pun kalau boleh tahan rasa masam la.
Tapi andaikata tersesat dalam hutan, & bekalan makanan pun habis, masam belakang kira, janji dapat makan untuk energi.

Sebelum tu, KLIK SINI untuk baca pasal buah rotan.

Ada orang makan buah rotan cicah dengan kicap.
Ada juga yg cicah dengan garam.

Haritu try buat jeruk buah rotan plak.
Rasanya lebih sedap.
Dan yang pasti jeruk buah rotan takde jual kat jeruk Pak Ali.
Rare..!

Jeruk buah rotan.

Gigih mengupas kulit, huhu..

Nak buat jeruknya pun mudah je.

Cara-cara buat jeruk buah rotan:
1) Ambil segugus buah rotan, kupas kulitnya.
2) Basuh isinya dengan air bersih.
3) Rendamkan buah rotan yang dibasuh ke dalam air garam selama 24jam. Kalau rendam jam 8 pagi ni, sampai 8 pagi esoknya. Sukatan garam 1 sudu besar. Pastikan buah rotan direndam sepenuhnya dalam air garam.
4) Lepas rendam 24jam dalam air garam, basuh bersih2 buah rotan.
5) Masakkan air gula. Sukatan gula tak kisah, lagi manis lagi sedap.
6) Tunggu air gula sejuk, lepas tu masukkan buah rotan dalam air gula. Biarkan 24jam. Simpan dalam peti ais.
7) Siap dimakan..! 😋😋

# Tambahan: Buah rotan boleh jugak di campur dengan sambal belacan.
Tumbuk cili api, belacan, garam & gula hingga lumat.
Lepas tu masukkan buah rotan, tumbuk bagi sebati.
Siap..!
Kalau makan, mesti bertambah.. 😋😋

Sambal belacan buah rotan.
Yang ni memang laku.