Saturday 26 September 2015

Melawat kilang parang Bidor

Parang Bidor bukanlah sesuatu yang asing bagi pengguna2 parang.
Pergilah ke mana2 Hardware, kebanyakannya ada jual Parang Bidor ni.
Cuma, perlu jaga2, banyak tiruan.

Hari ni, aku berkesempatan singgah ke kilang membuat parang di Bidor, Perak.


 Kilang Chop Kwong Yuan Loong / Kilang parang Bidor.



Di sinilah tempat parang Bidor dihasilkan.





Besi spring. 


Sibuk melayan pelanggan.
Meraka ni peramah.

Mr. Ming

Mr. Chin Pin Yon (uncle)

Tekun membuat parang.
Uncle ni bukan calang2 orang ni.
Umurnya dah 75 tahun!!!, masih aktif buat kerja2 berat ni.
Dasyat tuuuuuu...
Kerja2 ni memang heavy.



Kata uncle ni, dia buat kerja2 ni dah 50 tahun lebih dah.
Sejak dari zaman bapaknya lagi.
Kira2 80 tahun lebih jenama ni dah di pasaran.


Makcik ni borong kaw2 punya.
Dia pelanggan tetap sejak dulu lagi kata tokey ni.

Hah amik kau,kaw2 punya borong.
Untuk saudara mara katanya.


Si kecik 7 bulan ni pun nak tengok jugak, hehehe...


Antara produk2 yang dikeluarkan:

Cop asli.












Harga:


Yang kat bawah ni plak yang sempat aku beli.
Bukan semua aku punya, ada orang kirim.



Lokasi & contact number:
Koordinat GPS4° 5′ 32.87″ 101° 16′ 36.33″



Kat kawasan perindustrian Bidor, ada banyak sign board ni.
Ikut je..

Pastikan ori, baru beli..  (",)

Friday 18 September 2015

Cendol Sagu Rumbia

Cendol Sagu Rumbia?
Apa tu?

Aku sebagai penggemar cendol, tak pernah dengar sebelum2 ni.
Tengah hari tadi, lepas solat jumaat, masa on the way gi keja, ikut jalan Labu, N9.
Pastu ternampak la ada gerai kat tepi jalan ni.



Dalam hati memang ada pasang niat kalau ada orang jual cendol, nak singgah makan.



Kalau sebut je cendol, kita dah terbayang cendol hijau tu, jagungkacang merahpulut.
Tapi cendol ni lain sikit dari cendol biasa.
Semua tu TAKDE.
Kandungannya santan, gula merah & sagu rumbia sahaja.

Dan inilah rupa cendolnya.



Mula2 aku ingatkan sagunya berbentuk bulat2 macam biasa kita makan tu.
Rupa2nya bukan.
Cendol yang hijau tu digantikan dengan Sagu Rumbia ni.

Sagu ni diproses sendiri oleh abg Echam.
Waktu operasi kedai ni adalah Jumaat, Sabtu & Ahad je.
Mula2 aku ingat brader ni meniaga part time je, dan selebih hari yang lainnya dia bekerja.
Rupa2nya bukan.
Hari2 lain dia akan pergi mencari pokok sagu di hutan, tebang, proses sagu hinggalah siap.
Memang leceh.
Tapi hasilnya amat puas hati.
Sagu2 yang pelanggan makan tu memang fresh habis..!

HARGA?
RM2.50 semangkuk.


Sebenarnya, rasa cendol sagu ni jugak bergantung pada cuaca.
Kalau time nak proses sagu ni, cuaca panas, sagu yang terhasil pun memang tiptop..
Sagunya pun rasa kenyal2, memang best..

Kata abang echam, kalau makan cendol ni rasa kenyang sikit, disebabkan Sagu Rumbia yang digunakan.



Kebiasaannya orang jual Cendol, pasangannya adalah Rojak.
Tapi kat kedai ni pasangan bagi cendol adalah karipap.

Yang best, karipapnya sentiasa PANAS.!
Ini disebabkan brader ni jenis goreng sikit2, ikut keperluan.
Pada aku, itu memang terbaik..!!
Terus terang aku sangat jarang makan karipap suam. Kalau panas apatah lagi.



Panas2 lagi beb..
5 Bijik aku bedal.





LOKASI..??
Kalau dari Labu menuju ke Nilai, gerai ni kat sebelah kiri.
Ni address GPSnya : 2° 45′ 58.06″  101° 48′ 52.01″



KESIMPULANYA, pada aku cendol ni sedap.
Sekali sekala, time keja malam, memang aku sengaja ikut Labu untuk pergi kerja, sebabnya nak pekena cendol sagu ni...
Korang pun patut cuba..


Tuesday 15 September 2015

Survival : MaSaK NaSi DaLaM KeLaPa


Masak nasi dalam kelapa?
Haaaa, macam tulah citernya..

Yang mana beras dimasak bukan dalam rice cooker, tapi dimasak dalam buah kelapa tua.
Ala-ala survival / camping.



Bahan-bahan yang diperlukan:
- Kelapa tua.
- Beras yang telah dibasuh.
- Daun pandan.



Langkah 1.
- Buangkan sabut kelapa.
- Buat lubang kecil kat bahagian atas kelapa tu.
- Tadahkan air kelapa dalam bekas (jangan buang airnya, kita akan guna).



Langkah 2.
- Masukkan beras ke dalam kelapa.
- Kemudian tuang semula air kelapa sehingga penuh.
* sukatan beras adalah KURANG SIKIT dari SEPARUH tempurung kelapa tu.
* atau dengan kata mudahnya, 1 pot beras bagi kelapa bersaiz biasa.
* pernah sekali tu aku guna kelapa besar giler. Tak tau la kelapa spesis apa. Aku guna beras 2 pot.




Langkah 3.
- Tutup lubang kelapa tersebut dengan daun pandan.
Kalau takde, guna daun kelapa/pisang/apa2 je yang sesuai.
Saya gunakan daun pandan, supaya lebih wangi, hehehe..



Langkah 4.
- Hidupkan api.
- Pastu letak je kelapa tu dalam api.
- Bila tempurung dah hangus, kira dah masak la tu.
- Atau kalau nak pastikan lagi, cabut daun pandan tu, skodeng skit nasi tu.
Yang ni feberet aku, suka main-main dengan api, hehehe..







Langkah 5.
- Tuuu nampak dah hangus tu, kira dah masak la tu.
- Belum belah kelapanya, dah bau aromanya menusuk kalbu. peeerrgghhhh...



Langkah 6.
- Bersihkan tempurung yang hangus.
- Sila abaikan glove tu yer, panas woooo...


- Kemudian belah kelapa tersebut.

- Nampak tak? masih berasap, walaupun lepas bakar tu aku biarkan dalam 15 minit.
- Time ni aromanya tak usah cakap la, memang menyucuk hidung sampai ke hati, hehehe..



Langkah 7 (Final).
- Apa lagi, siap untuk di makan leerrr..
- Dan hasilnya...
Jeng jeng jeennggggg.....


Aikk??
Mana datang buluh tu?
Haaaaa.., kalau nak tau, bolehlah klik ke link youtube saya..
Dalam video ni lebih detail tentang cara buat nasi dalam kelapa & ayam dalam buluh.
Ayam dalam buluh?? Yess, tu adalah lauk makan tengah hari kami..
Takkan nak makan nasi putih je kan, hehehe..

Ok mai tengok video aku ni..

Klik sini untuk tengok video cara2 memasak nasi kelapa & ayam buluh.


Simple tapi menarik..
Aku buat kat belakang rumah je.
Kat rumah pun boleh camping tau, hehehe...
Selamat mencuba...