Saturday 12 March 2016

Pertemuan dengan pemilik kebun misteri.


Sejak saya duduk menyewa di Kuala Pilah pada April 2015, sepanjang tempoh itulah saya berulang ke Bangi setiap hari hingga ke hari ini.

Dan jalan Bukit Putus adalah laluan wajib yang mesti saya lalui setiap hari.

Pemandangan sepanjang jalan baru Bukit Putus tak lain tak bukan hanyalah hutan2 di kanan & kiri jalan.

Suatu hari, saya terperasan, sepanjang melalui hutan di kanan & kiri saya, tiba2 ada satu kawasan ni nampak cantik & teratur pokok2nya.
Rumputnya pula pendek2 je.


Sejak hari pertama saya perasan tempat tu, tiap2 hari bila lalu situ sama ada nak pergi kerja @ balik, mata saya akan jeling ke tempat itu.

Rasa seronok & tenang je.

Adakalanya saya rasa pelik, kenapa tempat ni lain dari hutan2 di kanan & kirinya.

Setelah beberapa minggu @ bulan lalu di situ, saya terperasan di sebalik pokok2 di situ, ternampak ada bumbung bewarna biru.

Ini bermakna mungkin tempat ni berpenghuni..!



Sejak daripada itu tiap kali lalu situ, saya akan perlahankan motor untuk jenguk2 dari atas motor.
Tapi cuma nampak bumbung je.

Walau begitu, mata saya tetap tak jemu memandang tempat tu tiap kali lalu di situ.

Ditakdirkan, suatu hari selepas saya balik dari kerja shif malam (maknanya pagi la saya lalu situ), bila sampai tempat tu, saya terus berhenti dan nak singgah.

Dari jauh saya bagi salam, tapi tak berjawab.
Dalam hati risau gak, tempat siapa ni, boleh ke saya masuk ni..

Saya pun turun la bukit untuk ke bumbung biru tu.
Tempat ni curam, menurun ke bawah.

Sampai kat bawah, rupa2nya bumbung biru tu adalah pondok.
Saya pun bagi la salam beberapa kali, tapi takde yang jawab.

Lepas tu saya pun jenguk la kawasan2 situ.

Tempatnya memang tenang.
Banyak pokok2 renek.
Ada pokok buah Salak, cili, kelapa, nangka & lain2.

Lepas tu terdengar bunyi air.
Rupa2nya ada mata air di situ.
Mata air tu mengalir ke sebuah kolam.
Dan di dalam kolam tu ada ikan2 keli.

Subhanallah, indah betul tempat ni..!

Dalam hati terasa nak sangat jumpa siapa pemilik tempat ni.
Ingat nak tinggalkan notis, tulis no tepon.
Tapi rasa macam tak best plak camtu.

Lepas tu saya pun pulanglah ke rumah.

View dari tepi jalan menghadap kebun.

View dari kebun menghadap jalan besar.

Pondok.

View dari atas.

Pokok nangka.





Beberapa minggu kemudian.....


Ketika saya balik dari kerja shif malam, kira jam 8 pagi, saya ternampak ada sebuah motosikal parking di tepi jalan.

Dalam hati saya fikir, ni mesti pemilik kebun ni.
Saya pun singgah la..

Semasa nak turun ke kebun tu, dalam hati terfikir macam mana la rupa pemilik tempat ni.
Dari jauh saya ternampak kelibat orang.
Saya bagi salam, tapi orang itu tak dengar.

Jalan berjalan lagi, sampai dekat, saya bagi salam.
Salam saya dijawab.
"Waalaikumsalam.."

Rupa2nya seorang pakcik yang sudah pun tua.
Saya berkenalan & berbual dengan pakcik ni, namanya Mazlan.
Beliau sangat peramah.

Cerita ni pada tahun 2015, ketika itu umurnya 67 tahun.
Sekarang 2016, umurnya dah 68 tahun.
Tapi masih gigih buat kerja2 di kebunnya.

Kebun ni asal2nya hutan.
Semuanya hasil tangan pakcik Mazlan, dari zaman beliau muda.

Katanya, "pakcik berkebun ni main2 je. Dah tua2 macam ni, pakcik nak ada la aktiviti yang boleh pakcik buat."

Hebat, bukan takat berkebun biasa2 je..
Mesin rumput, cedok air kolam siram pokok, mencangkul, menebas, dan macam2 lagi la.

Sejak daripada hari itu, saya selalu singgah kat tempat pakcik Mazlan ni, sembang2 dengan beliau.
Temankan beliau..

Pakcik Mazlan banyak bagi tips tentang hutan, survival, camping, pisau, parang, tanaman, dan macam2 lagi.


Pakcik Mazlan yang peramah.

Beliau tengah ajar cara buat sudu menggunakan kelapa.

Pakcik Mazlan banyak beri tips tentang hutan.

Hiris kayu Gaharu.

Bakar hirisan kayu Gaharu, akan menghasilkan bau wangi.

Pakcik Mazlan ajar teknik debunga pokok Salak.

Beliau juga pengguna Leatherman Multi-tools sejak dulu lagi.

Salah satu Leatherman milik beliau, Leatherman Charge ALX.

Beliau memang suka dengan pisau & parang.

Duduk sambil bercerita.

Sedang membuat kerja2 di kolam.

Kat sini ada 2 buah kolam.

Membersihkan lumpur di dalam kolam.

Proses debunga pokok salak.


Yang sorang lagi tu pakcik Jamil.
Pemilik kebun sebelah yang baru beberapa bulan diusahakan.



Kesimpulannya takde apa yang misteri pun, hehehe…
Tiap kali balik dari kerja shif malam, pagi tu saya akan singgah kat kebun pakcik Mazlan ni.
Harap enjoy… (",)