Tuesday 29 December 2015

Misi memburu sang Spyderco Resilience

Hari ini teman member tempat kerja pergi mencari pisau idaman beliau.
Cari kat OGM (Outdoor Gear Malaysia), kat TTDI Jaya.
Kedai ni baru pindah ke sini, sebelum ni kat Subang Jaya.

Setelah puas membelek pisau2 kat OGM, akhirnya bertemu jua dengan pisau idaman hati beliau, iaitu Spyderco Resilience.



Dalam kategori folding knife/ pisau lipat, Spyderco Resilience adalah antara pisau yang terpanjang.
Bilah pisaunya berukuran kira-kira 4.25 inci.
Memang tepat dengan citarasa member saya ni, dia nak cari bilah panjang.

Kebiasaannya panjang bilah folding knife ni sekitar 2.5 inci hingga 3.5 inci.
Memang susah nak cari 4 inci ke atas.
Disebabkan folding knife ni kategori 'pocket knife', jadi saiznya tidak boleh terlalu besar.


Staff2 OGM memang peramah & banyak kongsikan ilmu.

Sahabat aku (Sahar) sedang sibuk memilih pisau.

Siap tolong asahkan Leatherman aku lagi. Tenkiu bro..!! 

 Seronok member aku ni, dapat pisau idamannya.

Hehehe, posing skit dengan pisau baru beliau.

Aku tolong ikatkan paracord kat pisau beliau.








Ni video test pisau baru ni. Memang superb, terbaik..!!
Elok lepas keluar dari kedai je, terus test.







Lain2 gambar:






Leatherman Crunch

Leatherman Crunch kali ini bertemu dengan tuannya di Sabah.
Selamat terbang ke negeri di bawah bayu wahai Crunch.

Leatherman Crunch merupakan multitools yang sangat unik dari Leatherman.
Reka bentuknya yang unik serta klasik.

Antara perkara yang mengejutkan saya masa mula2 dapat pegang Leatherman Crunch adalah "saiz".
Sebenarnya saiznya kecil je.
Nampak ganas, namun di sebalik ganas tu, si Crunch kiut sebenarnya.

Crunch merupakan playar jenis "vice grip".
Boleh grip sehingga ketebalan 1 inci.

Serius rasa sayang sangat nak lepaskan Crunch yang masih belum pakai lagi.
Tapi, dengan berat hati, terpaksa lepaskan juga kepada mereka yang lebih memerlukan.
Insyaallah nanti ada rezeki, nak kena angkat 1.









Monday 7 December 2015

Jalan2 ke Empangan Kelinchi



Ride & bersiar2 dengan menaiki motosikal sememangnya dapat memberikan suatu kepuasan.

Sambil menikmati pemandangan indah sepanjang-panjang perjalanan, menghirup udara pagi yang segar, sememangnya memberikan ketenangan.

Baru2 ni aku sempat berjalan2 ke Empangan Kelinchi, terletak di Terachi, Negeri Sembilan.
(Eeerrmmm sebenarnya takde la baru pun, beberapa bulan jugak, huhu..)

Aku sempat berborak dengan operator empangan ni.
Sedikit info tentang Empangan Kelinchi dari brader ni;
- air di empangan Talang akan dipam masuk ke empangan Kelinchi.
- kemudian dari Kelinchi, airnya akan disalurkan ke empangan Sungai Terip melalui tunnel (terowong).


Untuk tengok video laluan ke empangan Kelinchi ni, boleh klik di sini.


Kena lalu kawasan kampung2 dulu. 


Sampai ke pintu pagar empangan Kelinchi.


Lepas masuk pintu pagar, barulah boleh bukak helmet, hehehe...


Parking ambil gambar kejap.


Jalan cantik. Layan koner best.


Hoooyeeeaahhh.., sampai empangan Kelinchi.







Memang cantik pemandangannya.
Empanganh ni agak privasi, orang luar tak boleh masuk, jadi empangan ni bebas  pencemaran dari tangan2 manusia.




Bersama sahabat baik, Abdul Muiz.




Sunday 6 December 2015

Kisah Victorinox yang setia.



Model : Victorinox Classic SD White.

Victorinox ni bapak aku punya.
Dari zaman dia kerja dulu, tak pasti dah berapa puluh tahun.

Memang dah uzur dah keadaannya.
Namun masih setia bersama bapak aku.
Dijadikan sebagai keychain kunci gear kereta.

Insyaallah lepas ni aku nak cari pocket knives lain sebagai EDC untuk bapak aku.

Jadi apa pulak nasib "si setia" lepas ni?
Masih kekal sebagai keychain kunci gear kereta. (",)









Saturday 5 December 2015

My EDC (EveryDay Carry).



Ok, hari ini aku nak kongsikan sikit EDC aku.
Iaitu barang2 / gadget2 yang sentiasa bersama aku, bila2 masa, di mana jua.

My EDC;

1) Leatherman Charge Tti multi-tools.
2) Nitecore P12 flashlight.
3) Paracord.
4) Victorinox Belt Hanger multi-clip.
5) Fire starter.
6) Power bank & handphone charger cable.
7) Wallet.
8) Handphone.



1) Leatherman Charge Tti multi-tools;
- model ni hampir sama dengan model Leatherman Wave dari segi functionnya.
- bezanya adalah:
1) pisau diupgrade kepada material S30V yang mana lebih keras dari Wave yang menggunakan 420HC.
2) 'hook cutter' ditambah pada serrated knife.
3) body luar diperbuat daripada titanium. Sebab tu lah istilah Tti tu merujuk kepada titanium.
- aku memang minat dengan Leatherman ni, terutamanya multi tools.
- dari design hingga la ke function.
- antara part yang aku suka, kalau nak guna pisau tu, boleh bukak dengan 1 tangan. Tak perlu guna 2 tangan. Ia juga dipanggil sebagai 'one hand operation'.


2) Nitecore P12 flashlight;
- masa mula2 nak berjinak dengan dunia EDC, flashlight adalah EDC yang pertama aku.
- masa aku guna Fenix LD12 (125 lumens).
- lepas tu hilang, tercicir. Kemudian barulah beli Nitecore P12.
- 950 lumens.


3) Paracord;
- atau dengan istilah mudahnya, tali.
- paracord ni biasanya diikat menjadi bentuk seperti gelang @ lain2.
- tujuannya untuk senang dibawa ke mana2.
- bila dalam situasi yang memerlukan tali, gelang tersebut akan diuraikan, dan menjadi 1 tali yang panjang.
- kebiasaannya paracord bracelet / gelang paracord, berukuran kira2 7 kaki.
- biasanya askar2 akan pakai paracord bracelet ni.
- kalau macam dalam gambar tu, panjangnya kira2 14 kaki.
- pernah dulu aku hadiahkan paracord bracelet kat member aku. Tak sangka lepas tu dia terdesak nak guna tali. Alhamdulillah, tak sangka bermanfaat.


4) Victorinox Belt Hanger multi-clip;
- untuk dipakai kat tali pinggang, untuk menggantung kunci atau apa2 je.
- merupakan jenama pocket knives & multi tools yang sangat terkenal di dunia.


5) Fire starter;
- untuk nyalakan api.
- perlukan latihan untuk mahir menggunakannya.
- kalau guna lighter, lagi senang nak hidupkan api.
- tapi tak tau kenapa aku suka bawak fire starter berbanding lighter.
- nak biasakan diri.
- kebiasaan dalam dunia survival / bushcraft / camping, mereka lebih suka bawak fire starter.


6) Power bank;
- maklumlah, sekarang ni guna smart phone, jadi bekalan power pun dah jadi keperluan.
- walaupun aku ni bukanlah kaki game.


7) Wallet.
8) Handphone.
- kedua2 ni mula2nya aku tak letakkan dalam kategori EDC, sebab aku rasa benda ni memang basic yang mesti dibawa oleh setiap orang.
Tapi aku letak jugak dalam senarai EDC.


Dan ada 2 benda yang boleh kata aku selalu bawak, tapi aku tak senaraikan dalam EDC.
Iaitu Rayban & bincular.
1) Rayban:
Aku pakai masa naik moto, untuk elakkan silau.

2) Binocular:
Aku sentiasa letak dalam beg.
Bila berhenti rehat naik moto, aku suka main teropong2.



Itulah sedikit perkongsian tentang EDC aku. (",)



Sedikit gambar untuk tatapan rakan2;

Leatherman Charge Tti.


Nitecore P12



Paracord Grenade, paracord lanyard, paracord bracelet.
(Yang ni antara koleksi yang aku buat)