Wednesday 31 August 2016

Khazanah hutan : Bangkong.

Buah Bangkong adalah salah satu dari buah hutan yang unik.

Dari pokok, daun, hinggalah buahnya, sama seperti cempedak.
Bezanya pada isi.
Buah Bangkong boleh dimakan bijinya sahaja.
Dan kalau buah Bangkong yang dah berulat sekali pun tetap boleh diambil, kerana ulat hanya makan isinya saja & tidak makan bijinya.

Buah Bangkong jika diperam, iainya takkan masak macam cempedak.

Antara keunikkannya yang lain adalah cara nak ambil bijinya.
Iaitu dengan cara memukul buahnya dengan kayu, dan bijinya akan terpelanting keluar.

Saiz bijinya pula ada yang sama seperti biji cempedak.
Dan ada juga yang besar seperti biji durian. (Ni kalau dapat, lagi puas hati)

Biji Bangkong kemudiannya dicuci & direbus dengan meletakkan sedikit garam ke dalam air rebusan tersebut.
Boleh dimakan begitu sahaja @ dimakan dengan kelapa + gula merah + garam @ dibuat masak lemak.

Buah Bangkong juga digemari oleh haiwan seperti landak.

Buah Bangkong.

Pokok Bangkong (sama seperti cempedak).

Daun Bangkong.

Bersama pakcik Din mencari Bangkong.

Diketuk dengan kayu untuk keluarkan bijinya.

Isi Bangkong.

Rebus bijinya.

Bawa bekal, makan dengan kelapa.
Buat minum petang pun sedap. (",)

Wednesday 10 August 2016

Khazanah hutan : Pokok Bertam.

Pokok Bertam merupakan antara khazanah hutan yang sangat berharga.
Pelepah Bertam sesuai dijadikan galah. Ini kerana saiznya yang panjang, kuat serta ringan.
Tidak seperti pelepah2 lain, adakalanya kuat tetapi berat, dan ada juga yang ringan namun tidak kuat.

Pelepah Bertam penuh dengan duri, jadi pastikan buang segala duri-duri terlebih dahulu.
Nak buang duri perlu teliti, jangan sampai terkopek bahagian kulit pelepah, kerana ini akan mengurangkan ketahanan pelepah tersebut.

Pokok Bertam juga mempunyai buah.
Buahnya hanya boleh dimakan ketika muda.
Apabila dah tua, isinya akan keras membatu.
Nak belah pun kena pakai kapak. Punya la keras, huhu...

Selain itu, buah Bertam juga boleh dijadikan perhiasan rumah.
Caranya adalah tandan buah Bertam dibiarkan kering & disapukan pengilat.

Tandan Bertam.
Cantik kalau dijadikan perhiasan dalam rumah.

Buah Bertam.

Buah Bertam yang dah tua.
Keras macam batu, huhu..

Pokok Bertam.

Penuh duri.

Panjang. Yang lagi panjang daripada ni pun ada. 

Kait petai guna galah Bertam.