Wednesday 2 November 2016

Khazanah hutan : Tongkat Ali.

Pada mulanya nak pergi cari buah Bangkong.
KLIK SINI untuk info ringkas tentang buah Bangkong

Rindu nak makan.
Tapi takda rezeki, musim Bangkong dah habis.
Kena tunggu tahun depan pulak.

Kemudian pakcik Din pun cakap, "kito poie cari Tongkat Ali la.."
Aku ikut je apa yang dicadangkan otai, dia lebih berpengalaman.

Terdapat 3 jenis Tongkat Ali.
Iaitu Tongkat Ali kuning, Tongkat Ali merah & Tongkat Ali hitam.

Tongkat Ali kuning.

Mentor sedang meninjau2 kawasan.

Pokok Bangkong bersaiz balak.


Tongkat Ali hitam.




Akar Tongkat Ali hitam.
Rasanya tak pahit.

Akar Tongkat Ali kuning.
Yang ni rasanya betul2 pahit.

Sungai ni 30 tahun dulu airnya tinggi, ikan pun besar2 & banyak pula tu.
Sekarang ikan kecil2 je, tu pun tak banyak dah.


Bawa balik untuk tanam semula.




Monday 24 October 2016

Khazanah hutan : Rotan Tunggal.

Rotan tunggal pula adalah rotan yang tumbuh sendirian di dalam hutan.
Kebiasaannya rotan tumbuh di dalam rumpunan rotan.


Rotan Tunggal.

Satu lagi rotan tunggal.
Tapi yang ni tak ambil, biarkan ia tumbuh menghiasi hutan. (",)

Tak pasti berapa purata panjang pokok rotan.
Yang pasti memang panjang la, huhu..

Untuk dijadikan rotan murid.

Trim akar sikit.

Siap diluruskan.
Boleh la, takde la lurus sangat. (",)

Sekarang tunggu kering je dulu.
Baru boleh gosok & syelek.
Kurang2 sebulan nak tunggu kering ni..

Thursday 20 October 2016

Khazanah hutan : Pokok Sarsi.

Pokok Sarsi.

Pokok Sarsi merupakan antara pokok hutan yang unik, kerana baunya.
Baunya sama seperti air Sarsi yang biasa kita minum tu.
Dari daun, batang serta akar, semuanya mempunyai bau Sarsi.
Paling kuat baunya adalah pada bahagian akar.
Kalau gantung akar Sarsi ni kat beg, orang belakang sampai boleh bau, punya la kuat.

Menurut pembacaan aku yang sedikit ni, pokok Sarsi mempunyai khasiat tertentu, antaranya melancarkan aliran darah & mengembalikan tenaga.

Pokok Sarsi ni boleh mencapai tahap pokok balak.
Maknanya memang besar gedabak la.

Air rebusan akar Sarsi ni boleh diminum.
Kalau nak sedap lagi, tambah gula, memang sebijik rasa macam air sarsi.
Cumanya aku tak pasti air sarsi kat kedai tu dibuat dari pokok Sarsi ni ke tak..

Pokok Sarsi.

Daun pokok Sarsi.

Akar pokok Sarsi.

Aromanya.., fuuuuhhhhh..
Memang wangi..!

Kalau bukak penutup cerek, fuuhh.., baunya lagi menusuk kalbu, hehe..

Biasanya minum air sarsi ais.
Rupa2nya minum panas2 lagi syok, hehe...

Tuang dalam botol skit, untuk simpan dalam peti ais.

Serpihan kayu Sarsi bersaiz balak, dijadikan sebagai alas pemotong.


Ni lah kayu alas pemotong yang selalu guna kat kebun.
Masa tu tak tau ni kayu Sarsi.
Dah setahun lebih guna, baru aku tau tu kayu Sarsi rupanya2, huhuhu...
Kayu tu dah terbiar lama, berhujan panas selama beberapa tahun.
Tapi bila potong sikit kayu tu, bau Sarsi tetap kuat..!


Lagi gambar2 kayu sarsi:







Thursday 22 September 2016

Jeruk buah rotan.

Ada beberapa cara untuk makan buah rotan.
Sebenarnya boleh je makan mentah2 camtu je. Tu pun kalau boleh tahan rasa masam la.
Tapi andaikata tersesat dalam hutan, & bekalan makanan pun habis, masam belakang kira, janji dapat makan untuk energi.

Sebelum tu, KLIK SINI untuk baca pasal buah rotan.

Ada orang makan buah rotan cicah dengan kicap.
Ada juga yg cicah dengan garam.

Haritu try buat jeruk buah rotan plak.
Rasanya lebih sedap.
Dan yang pasti jeruk buah rotan takde jual kat jeruk Pak Ali.
Rare..!

Jeruk buah rotan.

Gigih mengupas kulit, huhu..

Nak buat jeruknya pun mudah je.

Cara-cara buat jeruk buah rotan:
1) Ambil segugus buah rotan, kupas kulitnya.
2) Basuh isinya dengan air bersih.
3) Rendamkan buah rotan yang dibasuh ke dalam air garam selama 24jam. Kalau rendam jam 8 pagi ni, sampai 8 pagi esoknya. Sukatan garam 1 sudu besar. Pastikan buah rotan direndam sepenuhnya dalam air garam.
4) Lepas rendam 24jam dalam air garam, basuh bersih2 buah rotan.
5) Masakkan air gula. Sukatan gula tak kisah, lagi manis lagi sedap.
6) Tunggu air gula sejuk, lepas tu masukkan buah rotan dalam air gula. Biarkan 24jam. Simpan dalam peti ais.
7) Siap dimakan..! 😋😋

# Tambahan: Buah rotan boleh jugak di campur dengan sambal belacan.
Tumbuk cili api, belacan, garam & gula hingga lumat.
Lepas tu masukkan buah rotan, tumbuk bagi sebati.
Siap..!
Kalau makan, mesti bertambah.. 😋😋

Sambal belacan buah rotan.
Yang ni memang laku.

Thursday 1 September 2016

Khazanah hutan : Buah Ara.

Di mana ada pokok ara, pasti di situ ada burung2.
Buah ara juga boleh dimakan sebagai ulam.

Buah ara.


Buah ara yang tua berwarna kuning.
Yang ni tak boleh makan, dah keras.
(Gambar kabur) 

Pokok ara.

Buah ara yang baru dipetik perlu dibiarkan kira2 1 jam, agar getahnya kering sebelum di basuh & dimakan.

Buah ara dimakan dengan sambal belacan, pastinya menaikkan selera.

Wednesday 31 August 2016

Khazanah hutan : Bangkong.

Buah Bangkong adalah salah satu dari buah hutan yang unik.

Dari pokok, daun, hinggalah buahnya, sama seperti cempedak.
Bezanya pada isi.
Buah Bangkong boleh dimakan bijinya sahaja.
Dan kalau buah Bangkong yang dah berulat sekali pun tetap boleh diambil, kerana ulat hanya makan isinya saja & tidak makan bijinya.

Buah Bangkong jika diperam, iainya takkan masak macam cempedak.

Antara keunikkannya yang lain adalah cara nak ambil bijinya.
Iaitu dengan cara memukul buahnya dengan kayu, dan bijinya akan terpelanting keluar.

Saiz bijinya pula ada yang sama seperti biji cempedak.
Dan ada juga yang besar seperti biji durian. (Ni kalau dapat, lagi puas hati)

Biji Bangkong kemudiannya dicuci & direbus dengan meletakkan sedikit garam ke dalam air rebusan tersebut.
Boleh dimakan begitu sahaja @ dimakan dengan kelapa + gula merah + garam @ dibuat masak lemak.

Buah Bangkong juga digemari oleh haiwan seperti landak.

Buah Bangkong.

Pokok Bangkong (sama seperti cempedak).

Daun Bangkong.

Bersama pakcik Din mencari Bangkong.

Diketuk dengan kayu untuk keluarkan bijinya.

Isi Bangkong.

Rebus bijinya.

Bawa bekal, makan dengan kelapa.
Buat minum petang pun sedap. (",)