Tuesday 29 December 2015

Misi memburu sang Spyderco Resilience

Hari ini teman member tempat kerja pergi mencari pisau idaman beliau.
Cari kat OGM (Outdoor Gear Malaysia), kat TTDI Jaya.
Kedai ni baru pindah ke sini, sebelum ni kat Subang Jaya.

Setelah puas membelek pisau2 kat OGM, akhirnya bertemu jua dengan pisau idaman hati beliau, iaitu Spyderco Resilience.



Dalam kategori folding knife/ pisau lipat, Spyderco Resilience adalah antara pisau yang terpanjang.
Bilah pisaunya berukuran kira-kira 4.25 inci.
Memang tepat dengan citarasa member saya ni, dia nak cari bilah panjang.

Kebiasaannya panjang bilah folding knife ni sekitar 2.5 inci hingga 3.5 inci.
Memang susah nak cari 4 inci ke atas.
Disebabkan folding knife ni kategori 'pocket knife', jadi saiznya tidak boleh terlalu besar.


Staff2 OGM memang peramah & banyak kongsikan ilmu.

Sahabat aku (Sahar) sedang sibuk memilih pisau.

Siap tolong asahkan Leatherman aku lagi. Tenkiu bro..!! 

 Seronok member aku ni, dapat pisau idamannya.

Hehehe, posing skit dengan pisau baru beliau.

Aku tolong ikatkan paracord kat pisau beliau.








Ni video test pisau baru ni. Memang superb, terbaik..!!
Elok lepas keluar dari kedai je, terus test.







Lain2 gambar:






2 comments: