Thursday 20 October 2016

Khazanah hutan : Pokok Sarsi.

Pokok Sarsi.

Pokok Sarsi merupakan antara pokok hutan yang unik, kerana baunya.
Baunya sama seperti air Sarsi yang biasa kita minum tu.
Dari daun, batang serta akar, semuanya mempunyai bau Sarsi.
Paling kuat baunya adalah pada bahagian akar.
Kalau gantung akar Sarsi ni kat beg, orang belakang sampai boleh bau, punya la kuat.

Menurut pembacaan aku yang sedikit ni, pokok Sarsi mempunyai khasiat tertentu, antaranya melancarkan aliran darah & mengembalikan tenaga.

Pokok Sarsi ni boleh mencapai tahap pokok balak.
Maknanya memang besar gedabak la.

Air rebusan akar Sarsi ni boleh diminum.
Kalau nak sedap lagi, tambah gula, memang sebijik rasa macam air sarsi.
Cumanya aku tak pasti air sarsi kat kedai tu dibuat dari pokok Sarsi ni ke tak..

Pokok Sarsi.

Daun pokok Sarsi.

Akar pokok Sarsi.

Aromanya.., fuuuuhhhhh..
Memang wangi..!

Kalau bukak penutup cerek, fuuhh.., baunya lagi menusuk kalbu, hehe..

Biasanya minum air sarsi ais.
Rupa2nya minum panas2 lagi syok, hehe...

Tuang dalam botol skit, untuk simpan dalam peti ais.

Serpihan kayu Sarsi bersaiz balak, dijadikan sebagai alas pemotong.


Ni lah kayu alas pemotong yang selalu guna kat kebun.
Masa tu tak tau ni kayu Sarsi.
Dah setahun lebih guna, baru aku tau tu kayu Sarsi rupanya2, huhuhu...
Kayu tu dah terbiar lama, berhujan panas selama beberapa tahun.
Tapi bila potong sikit kayu tu, bau Sarsi tetap kuat..!


Lagi gambar2 kayu sarsi:







25 comments:

  1. salam....tuan ada jual batang sarsi nie?sy nak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Maaf tuan, saya takde jual la..
      Saya ada ternampak ada org jual di FB..
      Nama page tu Pembekal Kayu Sarsi.
      Mungkin tuan boleh cuba tanya orang tu..

      Delete
    2. Saya pembekal herba & akar kayu direct hutan. Tuan boleh hubungi saya di talian 019 4414304 (shaffawi) . Kayu sarsi juga kami ada stok berguni-guni. Harga hutan kita kasi

      Delete
    3. Saya pembekal herba & akar kayu direct hutan. Tuan boleh hubungi saya di talian 019 4414304 (shaffawi) . Kayu sarsi juga kami ada stok berguni-guni. Harga hutan kita kasi

      Delete
    4. Terbaik tuan.. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

      Delete
  2. Assalam tuan nak tanya ,bau akar sarsi macam bau minyak2 cikit ke tuan,maksud sy sy ad beli akr sarsi dekat cameron dkt otg ali y jual tepi jalan tue, berpeket la,sy bau sarsi tp mcm bau minyak2 bg sy la,bila rebus xde kuar mnyak pun,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Baunya macam kordial sarsi.
      Takde bau minyak..
      Kalau simpan dalam bekas plastik, bekas plastik tu pun akan bau sarsi..

      Bila rebus, airnya macam warna teh o.
      Cerah sikit..

      Delete
  3. saya ada banyak kayu sarsi tapi untuk kegunaan sendiri lah

    ReplyDelete
  4. Terimakasih atas perkongsian tuan yg sangat bermanfaat๐Ÿ‘๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  5. Cara minium akar sarsi untuk kesihatan macam mana. Boleh share tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teras akar sarsi dari pembekal akar kayu dan herba berbeza dengan pasaran. Kerana kami menggunakan dibahagian teras pokok. Lebih wangi dan berbau sedap. Rasa lebih best.

      Antara khasiat teras akar sarsi :
      -Untuk melancarkan darah dan angin dalam badan
      -Membuang toksin dalam badan
      -Membuang angin dalam badan
      Lelaki dan wanita boleh minum

      Farah juai farah minum sekali na

      Memang berdong dong angin keluar pas minum ๐Ÿคฃ

      Siapa nak oder mai kaih selit oder
      https://api.whatsapp.com/send?phone=60102551737

      Delete
  6. Untuk kesihatan tu saya tak pasti.
    Biasanya saya rebus je kayu sarsi tu, kemudian campur dengan gula, untuk dapatkan rasa manis.

    ReplyDelete
  7. Siapa ada kayu sarsi nak beli blh wasap saya 0195460533

    ReplyDelete
  8. saya ada jumpa sbatang pokok, bau sarsi, boleh juai ka?pokok ni dh lama tumbang, nk kerat amik batang dy bt lapik excavator, akar dy xkerat lg

    ReplyDelete
  9. saya ada jumpa sbatang pokok, bau sarsi, boleh juai ka?pokok ni dh lama tumbang, nk kerat amik batang dy bt lapik excavator, akar dy xkerat lg

    ReplyDelete
  10. bang boleh tanya nama saintifik untuk pokok ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarsaparilla. selalu ade tulis kat produk sarsi.

      https://en.wikipedia.org/wiki/Sarsaparilla_(soft_drink)

      Delete
    2. Nama saintifiknya saya pun tak tahu..

      Delete
  11. Saya ade sepokok saiz sepemelok dikebun area Rawang Selangor.. Kalo ade yg berminat wasap 0122293050 .

    ReplyDelete
  12. Apa nama lain kayu sarsi bang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak tahu.
      Biasa saya panggil kayu sarsi je..

      Delete
  13. A Casino That Looks Good in 2021 - GiGoyang Hotel & Gambling
    Goyang casino resort is a small casino at the Yucatan Peninsula that has ๋ฒค ๋ธํ•€ a great gambling ์•”ํ˜ธํ™”ํ๋ž€ license in ๋ฐ”์นด๋ผ์กฐ์ž‘ํ”ฝ accordance ์Šคํฌ๋ฆด with the Costa ์•„์ด ๋ฒณ 25 Rica Code of Conduct. Goyang casino resort

    ReplyDelete
  14. To achieve success in a top ranked small business, having a wide social network is of immense bene์„œ์‚ฐ์ถœ์žฅ์ƒตit. Top ranked online business give handsome rewards for roping more people in. With an active social media presence, you can enhance your prospects tenfold when compared to what you can do offline.

    ReplyDelete